BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR 71450 SG GADUT, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Sekalung ucapan penghargaan dan tahniah ditujukan kepada Encik Romzi bin Tokiman atas penganugerahan 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010'.



Beliau merupakan seorang guru KH yang cukup berpengalaman luas. Beliau juga telah banyak memberi sumbangan jasa dan bakti bukan saja berbentuk ilmu pengetahuan, malah berbentuk tenaga kepada pelajar-pelajar dan pihak sekolah.

Encik Romzi bin Tokiman merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda ( Sains Pertanian ) dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Berpengalaman selama 16 tahun berkhidmat sebagai guru. Antara sekolah yang pernah beliau berkhidmat adalah

1. SMK Tamparuli, Sabah
2. SMK Ampang, Selangor
3. SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
4. SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Bidang Teknik & Vokasional merakamkan ucapan Tahniah dan semoga beliau dapat meneruskan lagi kecemerlangan dalam perkhidmatan beliau.

Teknik Menjawab SPM bagi mata pelajaran MPV - Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut telah diadakan pada 22 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber Sekolah SMKTTJ . Seramai 18 orang pelajar 5 Gigih yang juga merupakan pelajar MPV terlibat dalam ceramah tersebut.





Penceramah jemputan adalah Pn Tang Yek Ngo dari SMK (P) Taman Petaling, Petaling Jaya Selngor. Beliau merupakan guru yang berpengalaman dalam subjek MPV - PMDR ini selain merupakan Pentaksir Kebangsaan bagi subjek ini.





Ceramah berlangsung dari jam 12.30 tengahari hingga jam 3.30 ptg. Pelajar diajar teknik menjawab soalan dengan betul serta dilatih menjawab soalan dengan bimbingan penceramah.

Bidang Teknik & Vokasional merakamkan ucapakan terima kasih kepada penceramah serta berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk kecemerlangan dalam SPM

Minggu Teknik & Vokasional tahun 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 - 25 Jun 2010. Bertempat di SMK Taman Tuanku Jaafar, majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengetua, Pn. Hjh. Zaleha bt Siran pada 21 Jun 2010 ketika perhimpunan pagi dijalankan.





Pelbagai acara dan pertandingan menarik telah dianjurkan oleh setiap Panitia dalam Bidang Teknik & Vokasional, dengan tujuan untuk menarik minat serta mengasah bakat pelajar dalam pelbagai kemahiran dalam bidang teknik vokasional. Selain itu, objektif penganjuran Minggu Teknik & Vokasional juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai pilihan subjek yang terdapat dalam Bidang Teknik & Vokasional.

Diantara acara dan pertandingan yang dianjurkan adalah :

PANITIA KHB :
1. Pertandingan Meneka Berat Ikan Sembilang
2. Teka Silang Kata
3. Merekacipta Menu Kreatif
4. Merekacipta Bahan Berguna Daripada Bahan Terbuang
5. Pertandingan Membuat Sandwich









PANITIA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN :

1. Spell It Right ( Engineering Term )
2. Kuiz Bertulis ( With Diagram )


PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN

1. Pertandingan Membina Dokumen Perniagaan Dalam Format Word / Excel
2. Teka Silang Kata


PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT / ICT

1. Word Puzzle
2. Pertandingan Membuat Folio


PANITIA EKONOMI ASAS

1. Folio Berkumpulan
2. Teka Silang Kata


PANITIA PERDAGANGAN

1. Pertandingan Buku Skrap


PANITIA MPV

1. Pertandingan Solekan
2. Pertandingan Mewarna Solekan Atas Kertas




Pertandingan Pembinaan Blog telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) SMK Taman Tuanku Jaafar bermula pada 15 Julai 2010 sehingga 30 Julai 2010.



Pertandingan tersebut melibatkan pembinaan dan penciptaan blog bagi 4 bidang iaitu Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik, Bidang Teknik dan Vokasional serta Bidang Kemanusian.



Pertandingan ini dikelolakan oleh Cik Khalila bt Khudri selaku Fasilitator. Bidang Teknik dan Vokasional diwakili oleh Ketua Bidang Teknik & Vokasional - Pn. Fadhilah bt Hashim, Guru Pembimbing - Pn. Yusrina Hanim bt Mohd Yunus serta 2 orang pelajar : Mahirah bt Mukhtar dan Putri Nuraini bt Mohd Noor Azizan.

PENDAHULUAN

- Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk membolehkannya mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Pemerolehan dan pemahaman kemahiran asas ini disepadukan dengan pemupukan nilai murni terutamanya bersikap positif terhadap kerja, bersifat inovatif, berinisiatif, berdikari, mementingkan keselamatan dab bersopan santun sesuai dengan pelbagai keadaan.

- Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang sedemikian rupa untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

OBJEKTIF

- Objektif Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 adalah untuk membolehkan pelajar :
1. menjalan kan kerja buat sendiri yang mudah dalam kerja kayu, penyenggaraan dan
baik pulih paip, pendawaian plag, soket lampu dan penyuai, menguji dan menukar
suis.
2. Merancang, menyedia dan memasak makanan seimbang dan mudah serta cepat
disediakan untuk diri sendiri.
3. membersih dan mengemas ruang di tempat kediaman.
4. menjalankan kerja perkebunan yang mudah seperti menjaga tumbuhan hiasan dan
menanam sayur-sayuran.
5. memperoleh kemahiran menggunakan alatan tangan yang asas dan mesin mudah.
6. memperoleh kemahiran membaca dan menterjemah plan dan rajah skema.
7. memperoleh kefahaman asas tentang keusahawanan, perdagangan, perniagaan,
belanjawan dan penyimpanan rekod.
8. menyedari hak dan tanggungjawab pengguna dan pengeluar sejajar dengan nilai
dan etika perniagaan.
9. mengenalpasti aspek diri sendiri, membina imej kendiri yang positif, membuat
keputusan dalam kehidupan harian dam membina perhubungan mesra.
10. menguruskan sumber yang ada di persekitaran dengan cekap, bijak, kreatif dan
berkesan serta merasan puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.
11. menghargai, menghormati dan menghayati serta bersyukuran atas kemudahan yang
ada dan bertanggungjawab dalam penggunaannya.
12. bersikap suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara bekerja yang
bersistem, selamat, bersih, kemas dan berdisiplin.
13. membentuk sikap positif terhadap pekerjaan kolar biru
14. menggunakan masa lapang secara berfaedah.

ORGANISASI KANDUNGAN
- Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua iaitu Bahagian Teras
dan Bahagian Pilihan :

1. Bahagian Teras
- Bahagian Teras mengandungi tiga komponen yang wajib untuk semue pelajar.

i. Kemahiran Manipulatif
- Kemahiran Manipulatif membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
praktis dalam bidang teknoligi. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berorientasikan teknologi
khususnya di tempat tinggal dan di tempat bekerja kelak. Komponen ini
merangkumi teknik operasi, alatan elektromekanikal yang mudah, teknologi
bahan dan aspek kuantitatif. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar
ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan binaan, pemasangan,
penyenggaraan, baik pulih, unsur-unsur pengurusan diri dan perkebunan.
Aspek pengiraan kos digabungjalinkan pembinaan projek.

ii. Perdagangan dan Keusahawanan
- Perdagangan dan Keusahawanan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan
termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan perniagaan, etika dalam
perniagaan dan pengeluaran. Pelajar juga dibekalkan dengan pengetahuan dan
kemahiran mengenai konsumerisme. Tujuannya adalah untuk memupuk sikap
berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dan tidak berputus
asa, meningkatkan inisiatif, daya mereka cipta serta berkeupayaan
mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang perniagaan dengan
bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.

iii. Kekeluargaan
- Komponen Kekeluargaan membekalkan pelajaran dengan kemahiran interaksi atara
individu dengan keluarganya dan masyarakat. Bagi membolehkan pelajar
melakukan interaksi ini ia terlebih dahulu perlu mengetahui dan memahami
pelbagai aspek dirinya sendiri. Melalui perkembangan diri, ia dapat wujud
dan mengukuhkan perhubungan mesra dengan keluarganya serta masyarakat
sekelilingnya. Oleh yang demikian Komponen Kekeluargaan dibahagikan kepada
tiga aspek iaitu Peningkatan Kendiri, Kesejahtarran Keluarga, dan
Keharmonian Hidup Bermasyarakat. Kemahiran yang dibekalkan adalah untuk
membantu pelajar menguruskan hal-hal peribadinya yang berkesan,mengamalkan
sikap yang bertanggungjawab dan mesra serta berinteraksi secara bersopan
santun dengan orang lain seperti ahli keluarga , rakan sebaya dan guru serta
sesuai dengan nilai masyarakat.

2. Bahagian Pilihan
- Bahagian Pilihan mengandungi tiga komponen. Pelajar dikehendaki memilih satu
daripada tiga komponen. Pilihan pelajar ini harus dikekalkan daripada
Tingkatan 1 hingga 3.

i. Kemahiran Manipulatif Tambahan
- Kemahiran Manipulatif Tambahan adalah lanjutan daripada komponen Teras
Kemahiran Manipulatif yang membolehkan pelajar mendalami pengetahuan dan
kemahiran dalam Lukisan Teknik, Enjin Elektrik dan Elektronik.

ii. Ekonomi Rumah Tangga
- Ekonomi Rumah Tangga membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
mengendalikan urusan diri dengan berkesan dari segi makanan dan pemakanan,
pakaian serta tempat kediaman. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar
menyediakan makanan yang seimbang, mengamalkan tabiat makan dan etika semasa
makan yang baik, mengurus pakaian sendiri serta menjaga kebersihan dan
menentukan keselesaan tempat kediaman.

iii. Pertanian
- Pertanian terdiri daripada tiga bahagian iaitu tanaman, hartikultur hiasan
dan ternakan. Pelajar dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas
praktis yang berkaitan dengan pengeluaran sayur-sayuran, jagung, tanaman
hiasan dan ternakan secara kecil-kecilan di sekolah. Di samping itu, pelajar
juga didedahkan kepada pengetahuan asas perniagaan dan keusahawanan dalam
bidang pertanian.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam Kemahiran Hidup
Bersepadu adalah berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman.
- Penggunaan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian adalah
disarankan seperti melalui projek, tunjuk cara, lawatan, main peranan, simulasi,
kajian kes dan sumbangsaran. Di samping mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru hendaklah sentiasa menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar
seperti gambar rajah, poster, carta dan sebagainya untuk memudahkan penerangan dan
tunjuk cara yang dibuat untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang diwujudkan
hendaklah memberi pelajar pengalaman :

> melakukan, menghasilkan atau mereka cipta sesuatu
> menjalankan kerja buat sendiri yang mudah
> bekerja dengan selamat dan bersistem
> merancang dan mencuba idea dan seterusnya mengurus dan menilai kerja dan usaha itu
> mengendaliakn maklumat dengan bersistem dan berkesan untuk membuat keputusan yang
sesuai.

- Pengalaman ini akan memmberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri
dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam urusan kehidupan
harian. Pengalaman ini juga akan memberi pulang kepada mereka memperoleh kemahiran
belajar untuk meningkatkan daya pemikiran dan kebolehan mengurus pembelajaran
sendiri.
- Dalam [engajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, penekanan khusus diberi kepada :

> kesepaduan antara komponen iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan
Keusahawanan, Kekeluargaan dan Bahagian Pilihan. Kesepaduan antara komponen ini
amat penting untuk membolehkan pelajar menguruskan diri, tempay kediaman dan
komuniti secara berkesan dan produktif.
> kesepaduan antara mata pelajaran ini dengan mata pelajaran lain.
> hubung kaitnya dengan aktiviti di luar bilik darjah seperti kokurikulum dan
kehidupan harian.
> penggunaan Bahasa Melayu yang baik.

- Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan dengan berbagai-bagai bentuk
aktiviti dan kerja praktis. Pengetahuan dalam kandungan pelajaran hendaklah
disampaikan semasa sesuatu aktiviti dan kerja praktis dijalankan. Dengan cara ini,
pelajar dapat memahami dengan jelas istilah yang digunakan tanpa perlu menghafal
istilah tersebut.
- Di samping kemahiran dan pengetahuan, nilai murni hendaklah dipupuk pada pelajar
semasa mereka mejalankan aktiviti dan kerja praktis. Guru hendaklah juga mengaitkan
alatan dan bahan dalam pengajaran pembelajaran dari segi aspek kos supaya pelajar
akan sedar tentang nilai kos dan tanggungjawab mereka.
- satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penilaian. Guru
hendaklah menjalankan penilaian secara berterusan semasa mengajar dan selepas
mengajar beberapa bahagian pelajaran. Penilaian ini boleh dilakuakn melalui
berbagai-bagai cara seperti pemerhatian proses dan hasil tugasan pelajar, bersoal
jawab dengan pelajar dan ujian bertulis. Melalui penilaian yang berterusan ini guru
akan mendapat maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat ini
direkodkan dengan cara yang difikirkan sesuai oleh guru. Berpandukan maklumat ini
guru akan dapat manjalankan tindakan susulan untuk memperbaiki sebarang kelemahan
pelajar atau mempertingkatkan lagi penguasaan dan pencapaian mereka.

BENGKEL MASAKAN




BENGKEL JAHITAN




BENGKEL PENGURUSAN DIRI









BENGKEL ELETRIK DAN ELEKTRONIK



BENGKEL KERJA KAYU





BENGKEL PAIP




BILIK MPV PENJAGAAN MUKA





BILIK MPV DANDANAN RAMBUT


CARTA ORGANISASI PANITIA MPV - PENJAGAAN MUKA DAN DANDANAN RAMBUT




GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK

EN. AKASHAH BIN ISMAIL




KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

PN. FADHILAH BT HASHIM



KETUA PANITIA MPV

PN YUSRINA HANIM BT MOHD YUNUS









SEJARAH MATA PELAJARAN VOKASIONAL



Mengikut Charles A. Bennet di dalam bukunya ‘History of Manual and Industrial Education’ orang pertama memulakan pendidikan vokasional ialah Jhon Hunny Pestalozzi. Beliaulah juga orang pertama memulakan apa yang dipanggil ‘The Beginning of Manual Training’. Pestalozzi dilahirkan di Switzerland pada tahun 1746.


Selepas beliau mengasaskannya, pendidikan vokasional terus berkembang dengan pesatnya. Pada 1751 Akademi Franklin dibuka bagi tujuan melatih pelajar dalam bidang pendidikan vokasional. Dalam tahun 1751, Harace Mana dipilih sebagai Pengetua Collage Antioch di USA. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkembangkan pendidikan vokasional khususnya di Ohio dan Amerika amnya.


Dari tahun 1800-1900, banyak pusat-pusat latihan vokasional berkembang dengan baik di Amerika mahu pun di Eropah. Di antara pusat-pusat pendidikan yang penting termasuklah ‘Franklin Institute’, Manylud Institute’ dan lain-lain.


Perkembangan pendidikan vokasional di Amerika bolehlah dikatakan agak pesat tetapi tidak mempunyai pengawalan pusat. Dengan itu perkembangannya agak tidak seimbang di antara satu negeri dengan satu negeri. Begitu juga dengan perkembangan pendidikan vokasional di Eropah.


Dalam tahun 1827, Pestalozzi telah meninggal dunia. Pada kacamata orang-orang barat beliau merupakan ’ father of manual traning’. Mengikut Pestalozzi ’ there are two ways of instructing, either we go from words to think or from think to words. Mine is the second one”.


Di Amerika pada tahun 1862, AKta Moril diluluskan oleh kongres. Akta ini dahulunya mahukan setiap negeri menubuhkan satu maktab bagi tujuan pembelajaran matapelajaran vokasional.


Selepas tahun 1900, banyaklah perubahan positif yang telah berlaku di dalam perkembangan pendidikan vokasional baik di Amerika dan Eropah. Bukan setakat itu sahaja, malahan perkembangannya turut meliputi Asia


PENGENALAN KEPADA MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PENDAHULUAN
- Perdagangan adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatang 4 dan 5
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas.
Mata pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup di Peringkat Menengah Rendah. Melaluinya juga nilai-nilai murni dan sikap
positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar.
- Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan dalam pendidikan
perdagangan yang melampaui peringkat kenal faham untuk :
i. membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan.
ii. menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin
kesejahteraan hidup malalui berbagai aktiviti perdagangan.
iii. mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalam-amaln asas
perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
iv. mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan
yang membantu perniagaan.
v. mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara
formal dan tidak formal.
vi. mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat
membuat pilihan dengan bijak.
- Mata pelajaran Perdagangan ini diharap dapat memenuhi keperluan-keperluan
pendidkan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang
dipengaruhi oleh aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta
komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek
kognitif,psikomotor dan efektif.


MATLAMAT MATA PELAJARAN
- Mata pelajarn perdagangan bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya
pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-
amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini,
dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan
jauh, rasional serta bijaksana dalam mebuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup
berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi
berlandaskan sifat amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

OBJEKTIF
- objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :
> mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan
dalam negeri dan antarabangsa.
> mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaan.
> mengetahui dan memahami peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pengeluaran.
> membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur
penubuhannya
> mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk
melabur.
> mengatahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan-bantuan perniagaan membantu
pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna.
> memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan
pengguna supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional.
> mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan.
> membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan
meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi.
> mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih
sesuatu perkerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau
bekerja dengan majikan.

ORGANISANI KURIKULUM
- Kurikulum Perdagangan dibentuk berdasarkan amalan perdagangan da perniagaan yang
telah disepadukan dalam lime belas topik pembelajaran. Topik-topik berkenaan
merangkumi bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan,
pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika malam perniagaan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bermula dari pemahaman konsep, pengetahuan
sedia ada serta perkembangan maklumat terkini di bidang perdaganga. Penyampaian
kurikulum mata pelajarn ini berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang
yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar.
- Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti perdagangan telah, sedang dan akan
terus memainkan peranan utama dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan
ekonomi, khususnya dalam mewujudkan berbagai-bagai peluang pekerjaan dan dalam
menghasilkan pendapatan individu, masyarakat dan negara.
- Sukatan pelajaran ini dibentuk dengan mangambil kira kebolehan dan pengalaman
pelajar yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ia dapat memenuhi keperluan kedua-dua
kategori pelajar menengah atas, iaitu :
> Kumpulan pelajar yang akan meninggalkan bangku sekolah untuk menceburi diri
dalam dunia pekerjaan, sama ada berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan
> Kumpulan pelajar yang akan melanjutkan pendidikan formal mereka ke peringkat yang
lebih tinggi, sama ada dalam bidang perdagangan atau bidang-bidang lain yang
berkaitan.
- Pelajaran Perdagangan ini tidak lagi menegaskan teori atau isi kandungan
semata-mata, tetapi juga mengutamakan kerja-kerja praktis, khususnya kajian kes
bagi meluas dan mengukuhkan pengalaman serta kemahiran pelajar dalam bidang
perdagangan. Penyerapan nilai-nilai murni juga dititikberatkan dengan harapan dapat
membentuk sikap menghargai dan menghayati amalan-amalan perniagaan yang poditif.

RINGKASAN SUKATAN PELAJARAN PERDAGANGAN KBSM
>1.0 ASAS KEPADA PERDAGANGAN
>1.1 Keperluan dan kehendak manusia
>1.2 Pengeluaran
>1.3 Faktor-faktor pengaluaran
>1.4 Pengukhususan dalam pengeluaran
>1.5 Sistem barter
Peruntukan waktu : 17

>2.0 UNSUR PERDAGANGAN
>2.1 Perdagangan
Peruntukan waktu : 4

>3.0 PERNIAGAAN DALAM NEGERI
>3.1 Perniagaan dalam negeri
>3.2 Saluran agihan
>3.3 Perniagaan runcit
>3.4 Perniagaan borong
>3.5 Dokumen perniagaan dalam negeri
>3.6 Kaedah jualan
Peruntukan waktu : 40

>4.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA
>4.1 Perniagaan antarabangsa
>4.2 Perniagaan import,eksport dan entrepot
>4.3 Dokumen penting perniagaan antarabangsa
Peruntukan waktu : 16

>5.0 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
>5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Peruntukan waktu : 7

>6.0 PEMILIKAN PERNIAGAAN
>6.1 Memulakan perniagaan
>6.2 Jenis pemilikan perniagaan
>6.3 Penswastaan
Peruntukan waktu : 12

>7.0 PELABURAN
>7.1 Pelaburan
>7.2 Jenis pelaburan
>7.3 Panduam am melabur
Peruntukan waktu : 9

>8.0 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN
>8.1 Sistem perbankan
>8.2 jenis-jenis bank
>8.3 Perkhidmatan bank perdagangan
>8.4 Cek
>8.5 Institusi kewangan lain
Peruntukan waktu : 24

>9.0 INSURANS
>9.1 Insurans
>9.2 Prinsip-prinsip insurans
>9.3 Jenis insurans
>9.4 Takaful
>9.5 Belian polisi dan tuntutan gantirugi
Peruntukan waktu : 20

>10.0 PENGANGKUTAN
>10.1 Pengangkutan
>10.2 Jenios pengangkutan
>10.3 Pengkontenaan
>10.4 Pemilihan jenis pengangkutan
Peruntukan waktu : 11

>11.0 KOMUNIKAIS
>11.1 Komunikasi
>11.2 Perkhidmatan komunikasi
Peruntukan waktu : 10

>12.0 PERGUDANGAN
>12.1 Pergudangan
>12.2 Jenis-jenis gudang
Peruntukan waktu : 8

>13.0 PROMOSI
>13.1 Promosi
>13.2 Jenis promosi
>13.3 Media pengiklanan
>13.4 Pemilihan media pengiklanan
Peruntukan waktu : 12

>14.0 PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN
>14.1 Peranan kerajaan dalam perniagaan
Peruntukan waktu : 10

>15.0 KONSUMERISME
>15.1 Konsumerisme
>15.2 Perlindungan pengguna
Peruntukan waktu : 10

Jumlah waktu : 210

PENGENALAN

Mata pelajaran Ekonomi Asas merupakan satu daripada mata pelajaran di bawah kumpulan Teknik dan Vokasional untuk menengah atas. Kurikulum Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan. Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Pemahaman ekonomi juga dapat membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.


Selain itu murid juga dapat memahami dan menghargai fungsi serta peranan bank dan institusi kewangan lain di samping memperoleh kemahiran mencari, memahami serta menilai maklumat yang berkaitan dengan ekonomi. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, murid dapat memainkan peranan yang berkesan dan bermakna dalam kehidupan seharian.


Sukatan pelajaran Ekonomi Asas dirancang dan digubal untuk menyumbang ke arah pembinaan insan yang baik, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Ekonomi Asas diperjelas dalam dua dokumen, iaitu Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum secara umum. Huraian Sukatan pelajaran memperincikan kehendak kurikulum Ekonomi Asas di mana maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir, kemahiran generik, strategi pengajaran dan pembelajaran dan organisasi isi kandungan juga terkandung didalamnya.



LATAR BELAKANG MATA PELAJARAN

Mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan IV dan V. Tujuan sukatan pelajaran Ekonomi Asas digubal adalah untuk memberi murid pemahaman yang sewajarnya mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka lebih memahami zaman kini yang lebih mencabar serta berteknologi. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari bagaimana membuat keputusan dengan lebih tepat untuk memberikan impak yang positif untuk masa kini dan masa akan datang. Secara tidak langsung, mata pelajaran ini dapat membantu mereka untuk memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan dapat

membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Apabila dilihat daripada aspek kepentingan secara keseluruhannya, pemahaman ekonomi ini juga dapat membantu individu tersebut dalam memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat serta penglibatan mereka dalam aktiviti pembangunan ekonomi negara dan perdagangan antarabangsa


MATLAMAT MATA PELAJARAN

Merujuk kepada matlamat kurikulum Ekonomi Asas ini, tujuan sebenarnya mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi. Selain daripada itu, pembelajaran mata pelajaran ini juga dapat memupuk nilai- nilai murni dan serta semangat patriotik supaya mereka mempunyai kesedaran dan memahami masalah ekonomi yang berlaku di Negara Malaysia khususnya. Apabila mereka memahami asas ekonomi ini, secara automatiknya mereka akan lebih menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi yang dijalankan serta menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda Negara ini dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.


http://www.scribd.com/doc/20877679/Bagaimana-Mata-Pelajaran-Ekonomi-Asas-Dapat-Meningkatkan-Keterampilan-Pelajar

PENGENALAN

Prinsip Perakaunan ialah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata pelajaran ini merupakan peluasan dan lanjutan kepada aspek menyimpan rekod yang dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah.



Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.




MATLAMAT MATA PELAJARAN





Pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.






SUKATAN MATA PELAJARAN PRINSIP AKAUN TINGKATAN 4

1. Pengenalan
1.1 Sejarah Perakaunan Secara Ringkas
1.2 Simpan Kira Dan Perakaunan
1.3 Bentuk-Bentuk Organisasi Perniagaan
1.4 Konsep Dan Prinsip Perakaunan Yang Asas
1.5 Kitaran Perakaunan

2. Aset, Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik, Hasil Dan Belanja
2.1 Pengertian Dan Pengelasan Hasil, Belanja, Aset, Liabiliti Dan
Ekuiti Pemilik
2.2 Penyediaan Kepada Penyata Kewangan (Tanpa Pelarasan)
2.3 Persamaan Perakaunan

3. Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Rekod Perakaunan
3.1 Pengenalan Dokumen Sebagai Sumber Maklumat
3.2 Aliran Dokumen Antara Pembeli Dengan Penjual
3.3 Diskaun Niaga

4. Buku Catatan Pertama
4.1 Jurnal
4.2 Buku Tunai
4.3 Buku Tunai Runcit

5. Lejar
5.1 Merekodkan Ke Dalam Lejar
5.2 Mengimbang Dan Menutup Akaun
5.3 Folio
5.4 Pembahagian Lejar

6. Imbangan Duga
6.1 Fungsi Dan Pengehadan
6.2 Penyediaan Imbangan Duga

7. Penutupan Akaun Dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
7.1 Pelarasan Pada Tarikh Imbangan.
7.2 Akaun Pendapatan Dan Akaun Untung Rugi (Dengan Pelarasan)
7.3 Kunci Kira-Kira
7.4 Lembaran Kerja

8. Penggunaan Komputer Dalam Perakaunan
8.1 Komputer Dalam Perakaunan
8.2 Penggunaan Perisian Komputer


SUKATAN MATA PELAJARAN PRINSIP AKAUN TINGKATAN 5

1. Akaun Kawalan
1.1 Tujuan Akaun Kawalan
1.2 Sumber Rujukan Akaun Kawalan
1.3 Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
1 .4 Catatan Kontra

2. Pembetulan Kesilapan
2.1 Kesilapan Ketara dalam Imbangan Duga
2.2 Kesilapan Tidak Ketara dalam Imbangan Duga
2.3 Cara Mengesan Kesilapan
2.4 Cara Membetul Kesilapan Sebelum Akaun Penamat Melalui Jurnal dan
Lejar

3. Perakaunan Untuk Tunai
3.1 Kawalan Tunai
3.2 Penyata Penyesuaian Bank
3.3 Belanjawan Tunai

4. Perkongsian
4.1 Perniagaan Perkongsian
4.2 Ekuiti Pemilik
4.3 Akaun Penamat
(a) Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi
(b) Akaun Pengasingan Untung Rugi
4.4 Kunci Kira-kira
4.5 Pembubaran Perkongsian

5. Syarikat Berhad
5.1 Syarikat Berhad
5.2 Modal
5.3 Saham
5.4 Ekuiti Pemilik dalam Kunci Kira-kira


6. Akaun Kelab Dan Persatuan


6.1 Kelab dan Persatuan


6.2 Akaun Yuran

6.3 Akaun Penerimaan dan Pembayaran
6.4 Akaun Penerimaan dan Perbelanjaan
6.5 Kunci Kira-kira


7. Rekod Tak Lengkap

7.1 Rekod Tak_Lengkap
7.2 Penentuan Pendapatan

7.3 Kunci Kira-kira





8. Pengenalan Kepada Perakaunan Kos


8.1 Konsep Kos

8.2 Elemen dan Kos Pengeluaran
8.3 Akaun Pengeluaran
8.4 Analisis Kos Volum Untung


9. Tafsiran Penyataan Kewangan

9.1 Analisis Nisbah

9.2 Mentafsir Nisbah





10. Penggunaan Komputer Dalam Perakaunan


10.1 Penggunaan Perisian Komputer



Teknologi Kejuruteraan adalah subjek elektif dalam pakej Teknik dan Vokasional . Mata pelajaran ini dikhaskan untuk pembelajaran di sekolah menengah atas . Pelajar akan mengikuti pengajian selama dua tahun iaitu di Tingkan 4 dan 5 sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Kandungan mata pelajaran ini terdiri daripada lima teras utama iaitu :

1. Pembuatan

2. Perhubungan

3. Pengangkutan dan Kuasa

4. Pembinaan

5. Reka Bentuk Industri


Konsep pembelajarannya berasaskan kepada teori dan praktikal di makmal . Selama dua tahun pengajian , pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam beberapa bidang kejuruteraan . Input ini boleh dijadikan sebagai asas dan membentuk pelajar dalam pengajian kejuruteraan di IPTA , IPTS dan kolej pengajian tinggi .

TENTANG SEKOLAH




Bimbinglah kami berjaya
Didiklah kami berilmu
Cemerlang harapan kita
Gemilang segenap penjuru

Kami sentiasa berikrar
Dididik tekun belajar
Dibimbing akhlak cemerlang
Kejayaan pasti dijulang

SMK Taman Tuanku Jaafar
Terukir megah tersebar
SMK Taman Tuanku Jaafar
Berfikir minda tercabar




SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG




MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI



MEMPERCAYAI DAN MENGAKUI BAHAWA SEMUA PELAJAR BOLEH BELAJAR , DIAJAR DAN BOLEH MENCAPAI KEMAJUAN SERTA MENGAKUI BAHAWA SEKOLAH ADALAH KUNCI UTAMA BAGI KEJAYAAN PARA PELAJARNYA .

SELAMAT DATANG ke Blog Rasmi Bidang TEKNIK DAN VOKASIONAL SMK Taman Tuanku Jaafar . best view in : MOZILLA FIREFOX SILA CLICK PENJURU ATAS KANAN UNTUK KE GALERI GAMBAR .

HARGAI MASA YANG BERLALU

HALWA TELINGA

PENGIKUT BLOG INI