PENDAHULUAN

- Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk membolehkannya mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Pemerolehan dan pemahaman kemahiran asas ini disepadukan dengan pemupukan nilai murni terutamanya bersikap positif terhadap kerja, bersifat inovatif, berinisiatif, berdikari, mementingkan keselamatan dab bersopan santun sesuai dengan pelbagai keadaan.

- Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang sedemikian rupa untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

OBJEKTIF

- Objektif Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 adalah untuk membolehkan pelajar :
1. menjalan kan kerja buat sendiri yang mudah dalam kerja kayu, penyenggaraan dan
baik pulih paip, pendawaian plag, soket lampu dan penyuai, menguji dan menukar
suis.
2. Merancang, menyedia dan memasak makanan seimbang dan mudah serta cepat
disediakan untuk diri sendiri.
3. membersih dan mengemas ruang di tempat kediaman.
4. menjalankan kerja perkebunan yang mudah seperti menjaga tumbuhan hiasan dan
menanam sayur-sayuran.
5. memperoleh kemahiran menggunakan alatan tangan yang asas dan mesin mudah.
6. memperoleh kemahiran membaca dan menterjemah plan dan rajah skema.
7. memperoleh kefahaman asas tentang keusahawanan, perdagangan, perniagaan,
belanjawan dan penyimpanan rekod.
8. menyedari hak dan tanggungjawab pengguna dan pengeluar sejajar dengan nilai
dan etika perniagaan.
9. mengenalpasti aspek diri sendiri, membina imej kendiri yang positif, membuat
keputusan dalam kehidupan harian dam membina perhubungan mesra.
10. menguruskan sumber yang ada di persekitaran dengan cekap, bijak, kreatif dan
berkesan serta merasan puas hati dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.
11. menghargai, menghormati dan menghayati serta bersyukuran atas kemudahan yang
ada dan bertanggungjawab dalam penggunaannya.
12. bersikap suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara bekerja yang
bersistem, selamat, bersih, kemas dan berdisiplin.
13. membentuk sikap positif terhadap pekerjaan kolar biru
14. menggunakan masa lapang secara berfaedah.

ORGANISASI KANDUNGAN
- Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua iaitu Bahagian Teras
dan Bahagian Pilihan :

1. Bahagian Teras
- Bahagian Teras mengandungi tiga komponen yang wajib untuk semue pelajar.

i. Kemahiran Manipulatif
- Kemahiran Manipulatif membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
praktis dalam bidang teknoligi. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berorientasikan teknologi
khususnya di tempat tinggal dan di tempat bekerja kelak. Komponen ini
merangkumi teknik operasi, alatan elektromekanikal yang mudah, teknologi
bahan dan aspek kuantitatif. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar
ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan binaan, pemasangan,
penyenggaraan, baik pulih, unsur-unsur pengurusan diri dan perkebunan.
Aspek pengiraan kos digabungjalinkan pembinaan projek.

ii. Perdagangan dan Keusahawanan
- Perdagangan dan Keusahawanan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan
termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan perniagaan, etika dalam
perniagaan dan pengeluaran. Pelajar juga dibekalkan dengan pengetahuan dan
kemahiran mengenai konsumerisme. Tujuannya adalah untuk memupuk sikap
berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dan tidak berputus
asa, meningkatkan inisiatif, daya mereka cipta serta berkeupayaan
mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang perniagaan dengan
bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.

iii. Kekeluargaan
- Komponen Kekeluargaan membekalkan pelajaran dengan kemahiran interaksi atara
individu dengan keluarganya dan masyarakat. Bagi membolehkan pelajar
melakukan interaksi ini ia terlebih dahulu perlu mengetahui dan memahami
pelbagai aspek dirinya sendiri. Melalui perkembangan diri, ia dapat wujud
dan mengukuhkan perhubungan mesra dengan keluarganya serta masyarakat
sekelilingnya. Oleh yang demikian Komponen Kekeluargaan dibahagikan kepada
tiga aspek iaitu Peningkatan Kendiri, Kesejahtarran Keluarga, dan
Keharmonian Hidup Bermasyarakat. Kemahiran yang dibekalkan adalah untuk
membantu pelajar menguruskan hal-hal peribadinya yang berkesan,mengamalkan
sikap yang bertanggungjawab dan mesra serta berinteraksi secara bersopan
santun dengan orang lain seperti ahli keluarga , rakan sebaya dan guru serta
sesuai dengan nilai masyarakat.

2. Bahagian Pilihan
- Bahagian Pilihan mengandungi tiga komponen. Pelajar dikehendaki memilih satu
daripada tiga komponen. Pilihan pelajar ini harus dikekalkan daripada
Tingkatan 1 hingga 3.

i. Kemahiran Manipulatif Tambahan
- Kemahiran Manipulatif Tambahan adalah lanjutan daripada komponen Teras
Kemahiran Manipulatif yang membolehkan pelajar mendalami pengetahuan dan
kemahiran dalam Lukisan Teknik, Enjin Elektrik dan Elektronik.

ii. Ekonomi Rumah Tangga
- Ekonomi Rumah Tangga membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
mengendalikan urusan diri dengan berkesan dari segi makanan dan pemakanan,
pakaian serta tempat kediaman. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar
menyediakan makanan yang seimbang, mengamalkan tabiat makan dan etika semasa
makan yang baik, mengurus pakaian sendiri serta menjaga kebersihan dan
menentukan keselesaan tempat kediaman.

iii. Pertanian
- Pertanian terdiri daripada tiga bahagian iaitu tanaman, hartikultur hiasan
dan ternakan. Pelajar dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas
praktis yang berkaitan dengan pengeluaran sayur-sayuran, jagung, tanaman
hiasan dan ternakan secara kecil-kecilan di sekolah. Di samping itu, pelajar
juga didedahkan kepada pengetahuan asas perniagaan dan keusahawanan dalam
bidang pertanian.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam Kemahiran Hidup
Bersepadu adalah berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman.
- Penggunaan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian adalah
disarankan seperti melalui projek, tunjuk cara, lawatan, main peranan, simulasi,
kajian kes dan sumbangsaran. Di samping mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru hendaklah sentiasa menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar
seperti gambar rajah, poster, carta dan sebagainya untuk memudahkan penerangan dan
tunjuk cara yang dibuat untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang diwujudkan
hendaklah memberi pelajar pengalaman :

> melakukan, menghasilkan atau mereka cipta sesuatu
> menjalankan kerja buat sendiri yang mudah
> bekerja dengan selamat dan bersistem
> merancang dan mencuba idea dan seterusnya mengurus dan menilai kerja dan usaha itu
> mengendaliakn maklumat dengan bersistem dan berkesan untuk membuat keputusan yang
sesuai.

- Pengalaman ini akan memmberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri
dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam urusan kehidupan
harian. Pengalaman ini juga akan memberi pulang kepada mereka memperoleh kemahiran
belajar untuk meningkatkan daya pemikiran dan kebolehan mengurus pembelajaran
sendiri.
- Dalam [engajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, penekanan khusus diberi kepada :

> kesepaduan antara komponen iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan
Keusahawanan, Kekeluargaan dan Bahagian Pilihan. Kesepaduan antara komponen ini
amat penting untuk membolehkan pelajar menguruskan diri, tempay kediaman dan
komuniti secara berkesan dan produktif.
> kesepaduan antara mata pelajaran ini dengan mata pelajaran lain.
> hubung kaitnya dengan aktiviti di luar bilik darjah seperti kokurikulum dan
kehidupan harian.
> penggunaan Bahasa Melayu yang baik.

- Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan dengan berbagai-bagai bentuk
aktiviti dan kerja praktis. Pengetahuan dalam kandungan pelajaran hendaklah
disampaikan semasa sesuatu aktiviti dan kerja praktis dijalankan. Dengan cara ini,
pelajar dapat memahami dengan jelas istilah yang digunakan tanpa perlu menghafal
istilah tersebut.
- Di samping kemahiran dan pengetahuan, nilai murni hendaklah dipupuk pada pelajar
semasa mereka mejalankan aktiviti dan kerja praktis. Guru hendaklah juga mengaitkan
alatan dan bahan dalam pengajaran pembelajaran dari segi aspek kos supaya pelajar
akan sedar tentang nilai kos dan tanggungjawab mereka.
- satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penilaian. Guru
hendaklah menjalankan penilaian secara berterusan semasa mengajar dan selepas
mengajar beberapa bahagian pelajaran. Penilaian ini boleh dilakuakn melalui
berbagai-bagai cara seperti pemerhatian proses dan hasil tugasan pelajar, bersoal
jawab dengan pelajar dan ujian bertulis. Melalui penilaian yang berterusan ini guru
akan mendapat maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat ini
direkodkan dengan cara yang difikirkan sesuai oleh guru. Berpandukan maklumat ini
guru akan dapat manjalankan tindakan susulan untuk memperbaiki sebarang kelemahan
pelajar atau mempertingkatkan lagi penguasaan dan pencapaian mereka.