Teknologi Kejuruteraan adalah subjek elektif dalam pakej Teknik dan Vokasional . Mata pelajaran ini dikhaskan untuk pembelajaran di sekolah menengah atas . Pelajar akan mengikuti pengajian selama dua tahun iaitu di Tingkan 4 dan 5 sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Kandungan mata pelajaran ini terdiri daripada lima teras utama iaitu :

1. Pembuatan

2. Perhubungan

3. Pengangkutan dan Kuasa

4. Pembinaan

5. Reka Bentuk Industri


Konsep pembelajarannya berasaskan kepada teori dan praktikal di makmal . Selama dua tahun pengajian , pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam beberapa bidang kejuruteraan . Input ini boleh dijadikan sebagai asas dan membentuk pelajar dalam pengajian kejuruteraan di IPTA , IPTS dan kolej pengajian tinggi .