PENGENALAN

Prinsip Perakaunan ialah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata pelajaran ini merupakan peluasan dan lanjutan kepada aspek menyimpan rekod yang dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah.




Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.




MATLAMAT MATA PELAJARAN





Pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.






SUKATAN MATA PELAJARAN PRINSIP AKAUN TINGKATAN 4

1. Pengenalan
1.1 Sejarah Perakaunan Secara Ringkas
1.2 Simpan Kira Dan Perakaunan
1.3 Bentuk-Bentuk Organisasi Perniagaan
1.4 Konsep Dan Prinsip Perakaunan Yang Asas
1.5 Kitaran Perakaunan

2. Aset, Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik, Hasil Dan Belanja
2.1 Pengertian Dan Pengelasan Hasil, Belanja, Aset, Liabiliti Dan
Ekuiti Pemilik
2.2 Penyediaan Kepada Penyata Kewangan (Tanpa Pelarasan)
2.3 Persamaan Perakaunan

3. Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Rekod Perakaunan
3.1 Pengenalan Dokumen Sebagai Sumber Maklumat
3.2 Aliran Dokumen Antara Pembeli Dengan Penjual
3.3 Diskaun Niaga

4. Buku Catatan Pertama
4.1 Jurnal
4.2 Buku Tunai
4.3 Buku Tunai Runcit

5. Lejar
5.1 Merekodkan Ke Dalam Lejar
5.2 Mengimbang Dan Menutup Akaun
5.3 Folio
5.4 Pembahagian Lejar

6. Imbangan Duga
6.1 Fungsi Dan Pengehadan
6.2 Penyediaan Imbangan Duga

7. Penutupan Akaun Dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
7.1 Pelarasan Pada Tarikh Imbangan.
7.2 Akaun Pendapatan Dan Akaun Untung Rugi (Dengan Pelarasan)
7.3 Kunci Kira-Kira
7.4 Lembaran Kerja

8. Penggunaan Komputer Dalam Perakaunan
8.1 Komputer Dalam Perakaunan
8.2 Penggunaan Perisian Komputer


SUKATAN MATA PELAJARAN PRINSIP AKAUN TINGKATAN 5

1. Akaun Kawalan
1.1 Tujuan Akaun Kawalan
1.2 Sumber Rujukan Akaun Kawalan
1.3 Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
1 .4 Catatan Kontra

2. Pembetulan Kesilapan
2.1 Kesilapan Ketara dalam Imbangan Duga
2.2 Kesilapan Tidak Ketara dalam Imbangan Duga
2.3 Cara Mengesan Kesilapan
2.4 Cara Membetul Kesilapan Sebelum Akaun Penamat Melalui Jurnal dan
Lejar

3. Perakaunan Untuk Tunai
3.1 Kawalan Tunai
3.2 Penyata Penyesuaian Bank
3.3 Belanjawan Tunai

4. Perkongsian
4.1 Perniagaan Perkongsian
4.2 Ekuiti Pemilik
4.3 Akaun Penamat
(a) Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi
(b) Akaun Pengasingan Untung Rugi
4.4 Kunci Kira-kira
4.5 Pembubaran Perkongsian

5. Syarikat Berhad
5.1 Syarikat Berhad
5.2 Modal
5.3 Saham
5.4 Ekuiti Pemilik dalam Kunci Kira-kira


6. Akaun Kelab Dan Persatuan


6.1 Kelab dan Persatuan


6.2 Akaun Yuran

6.3 Akaun Penerimaan dan Pembayaran
6.4 Akaun Penerimaan dan Perbelanjaan
6.5 Kunci Kira-kira


7. Rekod Tak Lengkap

7.1 Rekod Tak_Lengkap
7.2 Penentuan Pendapatan

7.3 Kunci Kira-kira





8. Pengenalan Kepada Perakaunan Kos


8.1 Konsep Kos

8.2 Elemen dan Kos Pengeluaran
8.3 Akaun Pengeluaran
8.4 Analisis Kos Volum Untung


9. Tafsiran Penyataan Kewangan

9.1 Analisis Nisbah

9.2 Mentafsir Nisbah





10. Penggunaan Komputer Dalam Perakaunan


10.1 Penggunaan Perisian Komputer